BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 14 May 2013

JJCM

Tugasan Kumpulan

Tahap Pengetahuan ICT Dalam Kalangan Murid-murid Sekolah Menengah Di Kawasan Luar Bandar Di Selangor

Tugasan Berkumpulan

Bahan Bantu Mengajar

                              Skateboard Note




1) Long shot



2) Medium shot


3) Close-up


                                                       4) Angle shot


                                                         
                                                        5) High shot

Sunday 12 May 2013

10 Video Berkaitan Teknologi dan Inovasi

1) Teknologi tayar trak tentera



2) Evolusi teknologi



3) Kebergantungan hidup kepada teknologi



4) Teknologi mengubah segalanya



5) Penciptaan tayar kereta BMW




6) Kereta Volvo XC60 berhenti secara automatik



7) Konsep kereta hibrid





8) Teknologi air GE



9) Teknologi komunikasi



10) Google glass






Monday 6 May 2013

10 Ciptaan Teknologi dan Inovasi

1.      CAWAN YANG DAPAT MENGESAN TAHAP KEPANASAN AIR

Bagi pencinta kopi, kopi adalah pembuka kepada sarapan pagi. Namun sering kita berdepan dengan kepanasan kopi ketika meminumnya dan akhirnya bibir melecur akibat kepanasana tanpa disedari itu. Situasi ini telah memberi idea kepada beberapa pencipta untuk mencipta cawan yang dapat mengesan tahap kepanasan air minuman. Caranya ialah melalui keadaan penutup kepada cawan itu sendiri. Jikalau air minuman itu berada dalam suhu 80 darjah Celcius, penutup cawan akan mengembang dan automatik menandakan air itu tidak sesuai diminum. Ia juga melindung pengguna dengan pengembangan penutup itu kerana ia akan menghalang pengguna untuk meminum air kerana dihalang dengan pengembangan penutup itu. Apabila air itu berada dalam suhu 60 darjah Celcius, ia akan kembali ke saiz asal dan selamat untuk diminum.



                                   2.    BASIKAL PELBAGAI FUNGSI


Basikal merupakan salah satu jenis pengangkutan yang sudah sekian lama digunakan. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada abad ke-19. Dicipta dengan saiz besar kini mempunya pelbagai saiz dan fungsi. Walaupun pelbagai pengangkutan sudah dicipta namun basikal masih tetap dihati masyarakat. Kini pencipta dari Perancis telah mencipta basikal yang bergabung fungsi sebagai skuter. Ia merupakan hasil kerjasama dengan pengeluar kereta terkenal iaitu Peugeot dan dinamakan ‘Pibal’. Pibal boleh dikayuh seperti basikal biasa dan boleh bertukar mode ke skuter dengan berdiri di platform dengan satu kaki. Ini akan membolehkan perjalanan lebih seronok dan mengurangkan rasa keletihan dengan hanya mengayuh sahaja


  3.   PENGESAN PROSES KETUMBUHAN TANAMAN

Tanaman pokok merupakan hobi bagi kebanyakan orang namun pokok masih merupakan misteri kerana walaupun ia adalah benda hidup namun is tidak seperti haiwan yang bergerak dan mempunyai suara. Banyak orang cerdik pandai cuba mencipta cara untuk berkomunikasi dengan pokok namun tidak berjaya. Parrot telah mencipta alat pengesan yang diberi nama ‘Flower Power’ untuk dapat mengesan keperluan yang diperlukan pokok seperti tahap kelembapan pokok, tahap benih yang diperlukan, suhu disekeliling dan tahap cahaya matahari yang diterima.  ‘Flower Plant’ akan diletakkan di pasu dan akan diaktifkan dengan penyambungan applikasi di telefon yang sudah dimuat turunkan. Ia akan memberi mesej bagi setiap perubahan tanaman.




                     4.     SUPER CARD – MENGGABUNGKAN SETIAP JENIS KAD KREDIT DALAM SATU KAD

Penggunaan kad kredit yang semakin meluas kini telah menjadi satu trend bagi pengguna untuk menggunakan lebih daripada satu kad kredit. Ini juga memudahkan pengguna untuk mengelak membawa duit dengan jumlah yang banyak. Namun pengguna menghadapi masalah baru iaitu dompet akan memgembang kerana terlalu banyak kad kredit  yang keras diletakkan pada dompet yang sama. Sebuah kad yang dipanggil ‘Protean Echo’ telah dicipta untuk memudahkan pengguna. Kad ini digunakan melalui aplikasi telefon pintar dengan memasukkan maklumat pengguna ke dalam aplikasi. Applikasi itu boleh memuatkan sebanyak mana kad kredit namun bagi fizikal kad kredit ia hanya boleh memasukkan 3 jenis kad kredit bagi sesetiap masa. Ia boleh ditukar pada bila-bila masa dengan menggunakan aplikasi telefon.


5.      LUKISAN 3D

Lukisan 3D semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat namun kos yang agak tinggi telah menyekat pengguna untuk membelinya. Akhirnya WobbleWorks telah mencipta pen lukisan 3D dalam harga yang rendah dan mampu dimiliki. Pen 3D ini boleh dilukis di udara dan menghasilkan hasil yang bagus. Dakwat pen ini akan mengeras dengan cepat dan ini membolehkan ia dilukis di udara. Kini semua orang mampu menghasilkan lukisan 3D dengan baik.



6.      KUSYEN BERFUNGSI SEBAGAI ALAT KAWALAN JAUH
Kita sering menghadapi situasi di mana alat kawalan jauh hilang dan tidak dapat dikesan. Kini penciptaan kusyen sebagai alat kawalan jauh dapat menyelamatkan kita dari situasi ini berulang lagi. Kusyen ini mempunyai fungsi sebagai alat kawalan jauh dan mempunyai kod yang dapat mengawal sehingga 500 gajet. Ia juga mempunyai poket yang membolehkan kita menyimpan alat kawalan jauh yang sebenar di dalam dan mampu mengelakkan kehilangannya kerana saiz yang besar. Ia juga mempunyai corak yang menarik dan sekaligus boleh dijadikan sebagai hiasan.





7.      KASUT GPS

Bagaimana anda ingin mengajar anak anda jalan pulang ke rumah dari sekolah? Mungkin kasut ini dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Kasut yang dipanggil ‘No Place Like Home’ ini mempunyai sistem GPS pada sebelah kirinya dan berkongsi hubungan tanpa wayar pada sebelah kanannya.  Kasut pada belah kanan mempunyai beberapa lampu yang akan berkelip untuk menunjukkan jarak rumah dan jalan yang boleh digunakan pada pengguna. Pertukaran destinasi boleh dibuat dengan mudah dengan hanya sambungan USB dan perisian peta.


                        8. TRAKTOR LAMBORGHINI TORO

Kini tiba masanya traktor mempunyai sistem canggih seperti kereta berkuasa tinggi. Lamborghini pada mulanya adalah pencipta traktor sebelum mencipta kereta berkuasa tinggi. Kini kembali kepada minat utama Lamborghini sebelum ini, syarikat Lamborghini bekerjasama dengan pelajar Masters dari Umea Institute of Design di Sweden untuk mencipta traktor yang berkuasa tinggi dan mempunyai bentuk futuristik.


                               9.   FON KEPALA MENGIKUT MOOD

Ketika kita mendengar lagu, kadang- kadang kita tidak dapat mencari lagu yang berpadanan dengan mood kita pada ketika itu. Menyedari akan keadaan ini, Neurowear telah mencipta fon kepala yang mampu mengesan mood pendengar dan secara automatik akan mengesan lagu yang sesuai dengan mood. Fon kepala yang diberi nama ‘Mico’ ini dapat mengesan mood pendengar melalui gelombang otak pendengar dan disalurkan kepada sistem fon kepala itu. Walaupun setakat ini hanya mampu mengesan maksimum kepada 100 lagu sahaja namun teknologi ini dianggap sebagai berjaya.



                                        10.  PENGECAJ SEJUK DAN PANAS

Kini anda tidak perlu risau akan situasi kehabisan bateri telefon di tempat yang tidak mempunyai plug. Mempunyai air sejuk atau panas akan membolehkan anda mengecaj telefon bimbit anda. Epiphany One Puck adalah sebuah gajet kecil yang mudah dibawa dan berfungsi dengan baik. Ia merupakan sebuah enjin kecil yang menghasilkan tenaga mengikut perbezaan suhu dan sebenarnya sudah dicipta sejak tahun 1800-an. Ia menggunakan USB dan dapat mengecaj sehingga 1000 mA.