1.
CAWAN YANG DAPAT
MENGESAN TAHAP KEPANASAN AIR
Bagi pencinta kopi, kopi adalah pembuka kepada
sarapan pagi. Namun sering kita berdepan dengan kepanasan kopi ketika
meminumnya dan akhirnya bibir melecur akibat kepanasana tanpa disedari itu.
Situasi ini telah memberi idea kepada beberapa pencipta untuk mencipta cawan
yang dapat mengesan tahap kepanasan air minuman. Caranya ialah melalui keadaan
penutup kepada cawan itu sendiri. Jikalau air minuman itu berada dalam suhu 80
darjah Celcius, penutup cawan akan mengembang dan automatik menandakan air itu
tidak sesuai diminum. Ia juga melindung pengguna dengan pengembangan penutup
itu kerana ia akan menghalang pengguna untuk meminum air kerana dihalang dengan
pengembangan penutup itu. Apabila air itu berada dalam suhu 60 darjah Celcius,
ia akan kembali ke saiz asal dan selamat untuk diminum.
2. BASIKAL PELBAGAI
FUNGSI
Basikal merupakan salah satu jenis pengangkutan yang
sudah sekian lama digunakan. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada abad ke-19.
Dicipta dengan saiz besar kini mempunya pelbagai saiz dan fungsi. Walaupun
pelbagai pengangkutan sudah dicipta namun basikal masih tetap dihati
masyarakat. Kini pencipta dari Perancis telah mencipta basikal yang bergabung
fungsi sebagai skuter. Ia merupakan hasil kerjasama dengan pengeluar kereta
terkenal iaitu Peugeot dan dinamakan ‘Pibal’. Pibal boleh dikayuh seperti
basikal biasa dan boleh bertukar mode ke skuter dengan berdiri di platform
dengan satu kaki. Ini akan membolehkan perjalanan lebih seronok dan mengurangkan
rasa keletihan dengan hanya mengayuh sahaja
3. PENGESAN PROSES
KETUMBUHAN TANAMAN
Tanaman pokok merupakan hobi bagi kebanyakan orang
namun pokok masih merupakan misteri kerana walaupun ia adalah benda hidup namun
is tidak seperti haiwan yang bergerak dan mempunyai suara. Banyak orang cerdik
pandai cuba mencipta cara untuk berkomunikasi dengan pokok namun tidak berjaya.
Parrot telah mencipta alat pengesan yang diberi nama ‘Flower Power’ untuk dapat
mengesan keperluan yang diperlukan pokok seperti tahap kelembapan pokok, tahap
benih yang diperlukan, suhu disekeliling dan tahap cahaya matahari yang
diterima. ‘Flower Plant’ akan diletakkan
di pasu dan akan diaktifkan dengan penyambungan applikasi di telefon yang sudah
dimuat turunkan. Ia akan memberi mesej bagi setiap perubahan tanaman.
4. SUPER CARD –
MENGGABUNGKAN SETIAP JENIS KAD KREDIT DALAM SATU KAD
Penggunaan kad kredit yang semakin meluas kini telah
menjadi satu trend bagi pengguna untuk menggunakan lebih daripada satu kad
kredit. Ini juga memudahkan pengguna untuk mengelak membawa duit dengan jumlah
yang banyak. Namun pengguna menghadapi masalah baru iaitu dompet akan
memgembang kerana terlalu banyak kad kredit
yang keras diletakkan pada dompet yang sama. Sebuah kad yang dipanggil ‘Protean
Echo’ telah dicipta untuk memudahkan pengguna. Kad ini digunakan melalui
aplikasi telefon pintar dengan memasukkan maklumat pengguna ke dalam aplikasi.
Applikasi itu boleh memuatkan sebanyak mana kad kredit namun bagi fizikal kad
kredit ia hanya boleh memasukkan 3 jenis kad kredit bagi sesetiap masa. Ia
boleh ditukar pada bila-bila masa dengan menggunakan aplikasi telefon.
5. LUKISAN 3D
Lukisan 3D semakin mendapat tempat di kalangan
masyarakat namun kos yang agak tinggi telah menyekat pengguna untuk membelinya.
Akhirnya WobbleWorks telah mencipta pen lukisan 3D dalam harga yang rendah dan
mampu dimiliki. Pen 3D ini boleh dilukis di udara dan menghasilkan hasil yang
bagus. Dakwat pen ini akan mengeras dengan cepat dan ini membolehkan ia dilukis
di udara. Kini semua orang mampu menghasilkan lukisan 3D dengan baik.
6. KUSYEN BERFUNGSI
SEBAGAI ALAT KAWALAN JAUH
Kita sering menghadapi situasi di mana
alat kawalan jauh hilang dan tidak dapat dikesan. Kini penciptaan kusyen
sebagai alat kawalan jauh dapat menyelamatkan kita dari situasi ini berulang
lagi. Kusyen ini mempunyai fungsi sebagai alat kawalan jauh dan mempunyai kod
yang dapat mengawal sehingga 500 gajet. Ia juga mempunyai poket yang
membolehkan kita menyimpan alat kawalan jauh yang sebenar di dalam dan mampu
mengelakkan kehilangannya kerana saiz yang besar. Ia juga mempunyai corak yang
menarik dan sekaligus boleh dijadikan sebagai hiasan.
7.
KASUT GPS
Bagaimana anda ingin mengajar anak anda jalan pulang
ke rumah dari sekolah? Mungkin kasut ini dapat membantu menyelesaikan masalah
ini. Kasut yang dipanggil ‘No Place Like Home’ ini mempunyai sistem GPS pada
sebelah kirinya dan berkongsi hubungan tanpa wayar pada sebelah kanannya. Kasut pada belah kanan mempunyai beberapa
lampu yang akan berkelip untuk menunjukkan jarak rumah dan jalan yang boleh
digunakan pada pengguna. Pertukaran destinasi boleh dibuat dengan mudah dengan
hanya sambungan USB dan perisian peta.
8. TRAKTOR
LAMBORGHINI TORO
Kini tiba masanya traktor mempunyai sistem canggih
seperti kereta berkuasa tinggi. Lamborghini pada mulanya adalah pencipta
traktor sebelum mencipta kereta berkuasa tinggi. Kini kembali kepada minat
utama Lamborghini sebelum ini, syarikat Lamborghini bekerjasama dengan pelajar
Masters dari Umea Institute of Design di Sweden untuk mencipta traktor yang
berkuasa tinggi dan mempunyai bentuk futuristik.
9. FON KEPALA
MENGIKUT MOOD
Ketika kita mendengar lagu, kadang- kadang kita
tidak dapat mencari lagu yang berpadanan dengan mood kita pada ketika itu.
Menyedari akan keadaan ini, Neurowear telah mencipta fon kepala yang mampu
mengesan mood pendengar dan secara automatik akan mengesan lagu yang sesuai
dengan mood. Fon kepala yang diberi nama ‘Mico’ ini dapat mengesan mood
pendengar melalui gelombang otak pendengar dan disalurkan kepada sistem fon
kepala itu. Walaupun setakat ini hanya mampu mengesan maksimum kepada 100 lagu
sahaja namun teknologi ini dianggap sebagai berjaya.
10. PENGECAJ SEJUK
DAN PANAS
Kini anda tidak perlu risau akan situasi kehabisan
bateri telefon di tempat yang tidak mempunyai plug. Mempunyai air sejuk atau
panas akan membolehkan anda mengecaj telefon bimbit anda. Epiphany One Puck
adalah sebuah gajet kecil yang mudah dibawa dan berfungsi dengan baik. Ia merupakan
sebuah enjin kecil yang menghasilkan tenaga mengikut perbezaan suhu dan
sebenarnya sudah dicipta sejak tahun 1800-an. Ia menggunakan USB dan dapat
mengecaj sehingga 1000 mA.
0 comments:
Post a Comment